My Followers

Monday, March 23, 2009

Langkah Kecemasan dan Pencegahan Anak Tercekik




Kebanyakan kemalangan di rumah boleh dielakkan, tetapi adakalanya kita tetap terlepas pandang sesetengah perkara. Justeru, ibu bapa dan ahli keluarga perlu belajar sedikit sebanyak teknik pertolongan kecemasan supaya mereka sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang tidak diduga seperti anak tercekik. Sebagai persediaan, langkah di bawah diharap dapat dijadikan panduan.
Bayi (Umur kurang daripada setahun)
Antara tanda-tanda tercekik adalah kanak-kanak mungkin akan mengalami:

* Sesak nafas secara tiba-tiba.
* Bunyi nafas tidak normal (bunyi seperti siulan).
* Menggenggam kerongkong.
* Kawasan mulut dan bibir kebiru-biruan. .
* Bernafas dengan cepat.
* Lubang hidung mengembang setiap kali bernafas.
* Pengsan.
* Berhenti bernafas.

Kadang kala kanak-kanak akan tersedak (seperti kacang tanah) jika objek tersebut sangat kecil. Mereka akan mengalami :

* Batuk yang berterusan.
* Termengah-mengah.
* Tiada tanda.(kadang-kadang si kecil ni akan diam saja selepas tercekik)

Bantuan kecemasan:

1. Panggil 999. Minta bantuan.
2. Buka mulut bayi dan periksa. Jangan cuba jolok jari ke dalam mulut bayi anda. Ini akan memburukkan keadaan.
3. Tiarapkan bayi di atas lengan dengan kepala terkulai sedikit ke bawah.
4. Tepuk badan bayi lima kali (bawah sedikit daripada bahu).
5. Jika tiada respon, terlentangkan bayi.
6. Letakkan dua jari di bahagian ulu hatinya. Tekan perlahan ke arah kepala lima kali (tiga saat setiap tekanan).
7. Periksa mulutnya dan keluarkan jika ada objek yang membuat dia tersengkang.
8. Jika objek tersebut masih tidak keluar, ulangi 2 hingga 7.
9. Jika tiada objek tersangkut dan bayi masih tidak sedar, lakukan CPR.
10. Segera hubungi ambulans.


JANGAN :

* Masukkan jari anda ke dalam mulut mangsa.
* Mendongakkan kepala mangsa.

Rujukan : forum.ratu.com & cigna.com



No comments:

Post a Comment