Berikut cadangan yang mungkin dapat membantu anda dalam komunikasi dengan anak kecil anda.
* Rendahkan diri anda supaya searas dengan anak anda. Anda mungkin perlu membongkok, melutut atau duduk di atas lantai. Mata anda separas dengan matanya, ini menunjukkan kepada anak anda yang anda berminat dengan apa yang dikatakannya.
* Bercakap dengan anak anda dalam nada suara biasa. Tak perlu berlakon atau membuat mimik muka yang melampau.
* Sentiasa bersabar apabila bercakap dengan anak anda. Dia mungkin menghadapi kesukaran meluahkan apa yang dikatakannya.
* Jika anda tidak faham dengan apa yang ingin disampaikannya, jangan menunjukkan reaksi pura-pura faham seperti mengatakan "ya" atau mengganggukkan kepala. Sebaliknya, galakkan anak anda mencari perkataan yang sesuai untuk menyampaikan hasrat hatinya.
* Jika ketika anda bercakap dengan anak anda, telefon berbunyi atau pintu diketuk, beritahu yang perbualan akan disambung semula kemudian. Kembali kepadanya semula selepas selesai urusan anda, minta maaf dan sambung semula perbualan anda dengan anak anda tadi. Ini akan turut membentuk peribadinya apabila dia besar nanti.
Adalah penting untuk anda melayan anak anda berbual dengan hormat sepertimana anda berbual dengan seorang dewasa. Dengan cara ini, anda dapat menggalakkan pembelajaran, perkembangan bahasa, keyakinan diri dan meningkat kemahiran komunikasinya.

No comments:
Post a Comment