My Followers

Wednesday, June 17, 2009

Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya Tumpuan (ADHD)

pendahuluan

ADHD adalah satu kecelaruan tingkahlaku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak.
Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
• Kurang tumpuan
• Hyperaktif
• Menurut kata hati (Impulsiviti)

Satu kajian ke atas kanak-kanak Malaysia berumur di antara 5 – 15 tahun menunjukkan
seramai 4.3% mempunyai ciri-ciri ADHD.
Kebanyakkannya dihidapi oleh kanak-kanak lelaki.Tiada punca utama diemui walaupun faktor genetik dan ketidak-seimbangan bahan kimia didalam otak mungkin menyumbang kepada terjadinya masalah ini.

Tanda & gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD sekiranya dia mempunyai lebih
dari 6 gejala dari kategori A dan/atau kategori B.

A. Kurang tumpuan

Kanak-kanak sentiasa :
• Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.
• Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya
• Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah
• Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
• Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya
• Tidak berupaya mematuhi arahan
• Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran
• Mudah hilang perhatian
• Pelupa

B. Hyperaktif

Kanak-kanak sering :

• Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta mengeliat dan resah di tempat
duduknya
• Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ
• Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan berlebihan(lebih dari kanak-kanak biasa)
• Bising waktu bermain
• Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam)
• Banyak bercakap

C. Menurut kata hati (Impulsiviti

Kanak-kanak akan :
• Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis
• Tidak sabar menunggu giliran
• Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain
• Tambahan :
o Gejala gejala dapat dikesan sebelum kanak-kanak berumur 7 tahun
o Gejala gejala mestilah telah melebihi tempoh 6 bulan
o Perubahan ini berlaku lebih dari satu tempat atau keadaan seperti
di sekolah,rumah, tempat awam
o Perubahan kelakuan tidak setaraf dengan umur kanak-kanak itu
o Tidak ada masalah tumbesaran atau kesihatan
o Perubahan perlakuan menimbulkan masalah kepada kanak-kanak itu
di sekolah,dengan rakan rakan dan kehidupan hariannya.

Sekiranya anak anda memenuhi kriteria saperti di atas, sila mendapat bantuan profesional dengan segera.

Komplikasi

• ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional
Defiant Disorder) di mana kanak-kanak itu berkelakuan degil,
keras kepala, pemarah dan pembangkang.
• Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah,
rumah dan rakan-rakan.
• Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak
ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

Rawatan

Ubat ubatan boleh menurunkan kadar hyperaktiviti kanak-kanak ini
dan membantu mereka untuk belajar dengan lebih baik. Ubat untuk
ADHD yang digunakan dalam jangkamasa panjang adalah diketahui
selamat untuk digunakan. Ianya disarankan untuk kanak-kanak berusia
6 tahun. Ubat yang biasa digunakan ialah Methylphenidate (Ritalin).
Kesan sampingan yang biasa berlaku ialah hilang selera makan, hilang
berat badan dan gangguan tidur.Pengambilan ubat perlu mendapat nasihat
dari pegawai perubatan dan kesan sampingannya perlu dipantau.

Pemulihan

Intervensi tingkahlaku

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah
dan mungkin boleh berbincang dengan guru-guru untuk dipraktikkan di sekolah :
• Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak
tersebut memberi perhatian dan memahaminya.
• Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan
menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan spesifik/tepat,
contoh: tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka telah menyimpan
permainan di tempat yang betul.
• Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik.
Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu
kanak- kanak berkelakuan dengan lebih baik.
• Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka
apa yang berlaku setiap hari.
• Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan mennyediakan
senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.
• Galakkan anak-anak untuk mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir
dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.
• Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan
menitik beratkan pada kelemahannya sahaja.
• Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.
• Minta bantuan guru untuk mencatitkan kerja kerja sekolah di dalam
buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda
semasa di rumah nanti.

Pendidikan Khas

Kanak-kanak yang mengidap ADHD boleh berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas,
Kementerian Pendidikan dan ditempatkan di dalam kelas Pendidikan Khas.
Mereka akan menerima faedah dari kelas yang lebih kecil dengan tumpuan
yang lebih kepada mereka.


Info dari : http://www.infosihat.gov.my

Khas Buat: Mama Ryan (Stephanie Liah)


9 comments:

  1. Salam Marya...untuk makluman Marya, Amira anak iela yg sulung disahkan ADHD (Hilang Tumpuan dan Perilaku). Disyaki sejak lahir dan mula refer dr pakar pediatrik pada bulan Julai 2007 sewaktu umurnya 7 tahun. Dia memang diberi Methylphenidate (Ritalin) 10mg je dulu, then tukar Concerta 18mg dinaikkan dosage ke 36mg. Memang nampak kesannya tapi memandangkan Hospital Ipoh tak order lagi concerta, ditukarkan kembali kepada Methylphenidate (Ritalin) 20mg. Memang simptom2 nye ada pada Amira, dan iela amatlah berharap agar sekurang2nya dia boleh berjaya dalam pelajaran walaupun dengan bantuan Ritalin. Ada kes seorang pengidap ADHD menjadi Doktor tapi still taken retalin. Itu menguatkan semangat iela utk tengok dia berjaya. Kita sama2 berdoa.

    ReplyDelete
  2. very usedfull!thx alot mam edland.so far masa jumpa paed,my son under hyperactive..mcm u ckp la,by 3-5years baru tau dia ade ADHD ke tak..btw i suka u,educated type of mother.bnda mcm ni la i suka discus.bukannya stakat dtg blog org then puji tu puji ni but lack of knowledge.buat penant tulis artikel,then dpt compliments je.gud luck!

    ReplyDelete
  3. uik tinggi sangat pujian u tu mama ryan...i pun still learning .. actually i banyak print info parenting dalam website untuk dijadikan buku kat rumah senang nak refer begitu juga dengan buku2 dan juga majalah ... i cuma berusaha menjadi ibu yang terbaik padanya .. sungguh pun i bukan yang terbaik ... dan i rasa u pun begitu betui tak ...
    Thanks a alots...mama ryan cuba klik kat kak miella77 tu pun link...tanya dia pasal ADHD sebab anak sulung dia pun mengidap ADHD ... marya dah ... bagi link mama ryan to her...

    ReplyDelete
  4. salam marya ...

    thanx for sudi kongsi info yg hebat ini ...
    insyaallah kita bersama usaha kearah kebiakan

    ReplyDelete
  5. Salam Ieda...
    Almost welcome...marya just berkongsi ajer..pada ibu2 yang lain...juga sebagai rujukan pada marya pada masa akan datang ...

    ReplyDelete
  6. Maryaa...frm personal experience...ADHD ni MESTI dapat rujukan pakar dulu before kita conform that child is having one or not...kadang2 it does happen A GIFTED CHILD ada symptom2 macam ADHD tu but it turn out he is a BRILLIANT CHILD indeed! Bukan apa, sometimes..ada pihak, bila tak dapat nak menangani seseorang budak, simply labelling macam2, walhal x berusaha nak mempelbagaikan layanan coz each child is different.

    ReplyDelete
  7. anak2 memang lasak.. tp bila dah terlebih lasak & lain macam, memang kena bw ke pakar paed.. like Amira (anak sedara daku tu). tu pun agak lambat detect, sbb nya memang kelaku adik-beradik kakyong pun memang lasak2 masa kecik2.. so bila anak2 pun melasak, kira normal lah kan.. bila dah masuk sekolah baru perasan..

    btw, bab label melabel ni memang susah lah nak elak.. stgh org, anak dia jer baik., melasak pun baik, heheh..

    ReplyDelete
  8. yup...betul tu hanz ... actually marya just nak bagi info kat mama ryan...sebab dia sekarang tercari info pada ADHD ... disamping jadi bahan rujuan kan marya ... bab label melabel nie..tu marya no komen biasalah mulut orang kan ... cam kak yong kata...sesetengah orang tu ... anak dia ajer yang baik...lasak pun .. aper pun sumer anak dia yang baik...anak orang sumer nye jahat ...

    ReplyDelete
  9. nak tanye..kalo ibu bapanya tidak mengetahui anak nya mengidap adhd...tp setelah anaknya berumur 22thn bru anaknya mengetahui mengidap penyakit tersebut...itu pun melalui tv..harap balas

    ReplyDelete