Perkembangan pemikiran matematik kanak-kanak berlaku secara
berperingkat-peringkat, di mana terdapat limitasi yang jelas
tentang kemahiran tertentu pada peringkat-peringkat yang tertentu.
Ada pendapat mengatakan bahawa faktor-faktor lain seperti
penggunaan bahasa dan keadaan persekitaran memainkan peranan
dalam mempengaruhi limitasi kanak-kanak untuk melakukan beberapa
kemahiran, termasuklah kemahiran dalam pengiraan.
Berdasarkan teori Model perkembangan tahap-tahap dalam membilang
yang dicadangkan oleh Fuson (1982), terdapat 5 tahap seperti berikut.
Tahap 1 : Benang/"STRING"
Nama angka tidak dapat di bezakan
Tahap 5: Rantai dua arah
Nama angka dapat disebut dengan muda tidak kira arah
(meningkat atau menurun)
Tahap 4:Rantai yang bernombor
Satu set name angka dapat dikeluarkan dan dibilang di luar set
sistem nombor
Tahap 3: Rantai boleh diputuskan
Boleh membilang dari mana-mana angka.
Tahap 2: Rantai tidak dapat diputuskan.
Apabila membilang angka-angka perlu mula dari angka yang pertama
(satu)
______________________________________________________________________
Kemahiran Matematik Informal & Formal Kanak-Kanak.
Ilmu awal dalam bidang matematik juga memainkan peranan dalam
bagaimana seseorang membina dan memperolehi ilmu matematik pada
masa hadapan. Mengikut kajian oleh Ginsburg -1977, mencadangkan
bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud dalam
kanak-kanak sejak sangat awal lagi. Sebenarnya , kebanyakan
kanak-kanak,termasuk mereka yang berasal daripada keluarga yang
miskin, datang ke pra-sekolah dengan sedikit kemahiran. Kanak-kanak
prasekolah ini secara amnya belajar konsep-konsep informal dari
ahli keluarga, rakan, TV dan permainan mereka. Pengetahuan informal
yang mereka bawa ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar
dan memahami matematik formal yang mereka akan pelajari di
peringkat sekolah secara formal. Beliau juga menyatakan bahawa tidak
kira bagaimana kemahiran, simbol atau konsep matematik diajar di
sekolah seseorang kanak-kanak akan mentafsirkan dan cuba menggunakan
kemahiran yang formal ini berdasarkan pengetahuaan matematik informal
yang sedia ada pada mereka
Beberapa kajian daripada pakar matematik menunjukkan bahawa
perkembangan kebolehan informal dalam matematik mempunyai persamaan,
tidak kira budaya, bangsa dan kelas sosial. Semua kanak-kanak dapat
mengembangkan kebolehan asas dalam pemikiran tentang matematik. Ini,
walau bagaimanapun tidak bermakna pemikiran dan perkembangan kanak-kanak
adalah seiras tetapi ia menunjukkan corak perkembangan pemikiran yang sama. Kesimpulannya, kanak-kanak daripada beberapa latarbelakang yang berbeza
memperolehi pemikiran melalui proses yang sama. Kebanyakan masyarakat,
kanak-kanak yang telah pun mempunyai pemikiran yang "berfungsi" tentang
matematik pada peringkat umur antara 5 ke 7 tahun. Sekolah adalah adalah
sesuatu institusi yang dibangunkan untuk mengajar dan menilai kanak kanak
ke atas "kearifan sosial". Salah satu bentuk "kearifan sosial" ini adalah
dalam bentuk pendidikan formal matematik.
Pengetahuan Matematik Formal
Bentuk formal matematik yang diajar dalam sekolah adalah dalam
bentuk tulisan, disusun mengikut peraturan yang tertentu, mengandung
bahan-bahan yang didefinisikan secara konvensional dan dipersetujui serta diorganisasi secara jelas. Matematik formal adalah apa yang dimaksudkan
dengan "sistem saintifik" seperti yang dinyatakan oleh Vygotsky, melalui
bukunya "Thought and Language"(1968).
Pengetahuan Matenatik Informal
Pengetahuan ini adalah sistem yang spontan, melibatkan kebolehan
mengetahui sesuatu tanpa berfikir, melibatkan emosi, tidak ternyata
secara jelas dan sangat berkait dengan kejadian dalam kehidupan
mereka.
Kanak-kanak perlu membina atau mengkonstruk pengetahuan mereka sendiri.
Cara ini akan menolong kanak-kanak memahami dan menggunakan kemahiran
matematik dalam konteks bilik darjah dan di luar bilik darjah.
Apa yang dimaksudkan dengan Konstrukivisme?
Konstrukivisme bermaksud kita mengalami sesuatu yang baru melalui
proses dalaman atau internal yang berdasarkan kepada pengalaman lalu.
Mengikut cadangan Piaget, pengetahuan matematik formal tidak boleh
dipaksa ke atas kanak-kanak tetapi perlu dipersembahkan kepada kanak-kanak
dalam bentuk yang menolong kanak-kanak itu mecipta sesuatu yang menjadi kepunyaannya. Pelajar tidak dianggap sebagai tin kosong yang perlu diisikan
dengan pengetahuan yang disalurkan dari guru-guru di sekolah. Pelajar
mempunyai kebolehan dari segi kognisi dalam mengadaptasikan diri dan
mengubahsuaikan pengetahuan yang diperolehi dalam membina sesuatu
pengetahuan yang baru. Kajian yang tersebut di atas menekankan akan
perlunya membawa konsep konstrutivism dalam bilik darjah di sekolah-sekolah.
Berbeza pula dengan pendapat Resnick, beliau berpendapat sebagai satu
peralatan kognisi pelajar. Berdasarkan pendapat Sanders, beliau menyatakan
ia berdasarkan kepada sesuatu yang telah disiasat dan ditemui.
konstruktivisme boleh dinyatakan sebagai sesuatu proses di mana seseorang
membina kefahamannya sendiri terhadap sesuatu ilmu yang telah
dipersembahkan kepadanya dengan menggunakan pengalaman dan pengetahuan
lepas yang adaptasikan olehnya.
Faktor-faktor penting yang perlu diambilkira dalam persekitaran konstruktivisme adalah : ( Oleh Driver dan Bell, 1985)
1. Output pembelajaran tidak sahaja bergantung kepada persekitaran pembelajaran tetapi pengalaman, sikap dan matlamat pelajar yang terlibat.
2. Pembelajaran melibatkan pembinaan ilmu melalui pengalaman dengan persekitaran fizikal melalui interaksi sosial.
3. Proses konstruktif melibatkan hubungan antara ilmu atau pengalaman lepas dengan proses membentuk, memeriksa dan membina semula idea dan hipotesis.
4. Ia juga melibatkan pengorganisasian semula idea-idea.
5. Makna yang telah dibentuk tidak semestinya membawa kepercayaan.
6. Proses pembelajaran bukan sesuatu yang pasif. Pelajar mempunyai
matlamat dan boleh mengawal pembelajaran mereka sendiri. Antara
penyesuaian yang digunakan adalah dalam mengadaptasikan konsep
konstruktivisme dalam bilik darjah mereka adalah dengan :
•membina konteks dalam menerangkan sesuatu konsep atau simbol di dalam darjah.
•mengkaitkan pengalaman dan pengetahuan yang ada pada kanak-kanak dengan konsep yang diperkenalkan kepada mereka
• menekankan penggunaan konsep itu dalam kehidupan seharian.dengan mengunakan peralatan seperti objek yang dapat.
My Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment